Wednesday, November 30, 2011

KATA KETERANGAN

1. Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan yang lain.
2.Kata keterangan terdiri daripada enam jenis iaitu:
    a) Cara - begini, begitu, betapa, demikian, diam-diam, tiba-tiba dan sebagainya.
        Ayat Contoh : Beginilah cra yang betul untuk menyelesaikan soalan Matematik ini.

    b) Masa : belum, kelak, masih sebentar, sedang, sekarang, selalu, telah, kadang-kadang dan sebagainya.
        Ayat Contoh : Siti Suhana belum menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.

    c) Tanya : apa, bila, mana, siapa, mengapa
         Ayat Contoh : Mengapakah kamu menarik diri daripada persatuan itu?

    d) Darjah : amat, sangat, sungguh, paling, nian dan sebagainya.
        Ayat Contoh : Murid baharu di kelas saya itu sangat peramah.

    e) Tak tentu : agaknya, mungkin, berangkali, entah-entah, jangan-jangan.
        Ayat Contoh : Mungkin Arif yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita.

    f) Nafi : bukan, tidak, tak
       Ayat Contoh : Budak yang berambut panjang itu bukan adik saya.

Sunday, November 6, 2011

KRB 3033 - Soalan 1

Tukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan ini  dalam bahasa Melayu baku.
Guru

Norji


Guru

Norji


Guru

Norji

Guru

Norji


Guru

Norji


Guru

Norji

Siapakah nama awak? Bagaimanakah perasaan kamu di sini?

Nama saya Norji. Berasal dari Kampung Pinang. Saya berasa seronok belajar di sekolah ini.

Kenapakah kamu seronok?

Kerana saya dapat menimba ilmu pengetahuan daripada guru-guru yang berpengalaman. Seperti guru lepasan luar negara.

Apakah perasaan awak apabila cikgu menggunakan papan pintar?

Saya baru tahu itu ialah papan pintar. Saya berasa lebih bersemangat untuk belajar.

Oo… Duhulu tidak bersemangat hendak belajarlah, kerana tidak ada papan pintar.

Tidak jugalah. Dengan adanya papan pintar dapat menambahkan semangat untuk belajar. Tetapi setiap kelebihan ada juga kekurangannya.

Kekurangan?

Itulah papan pintar. Masanya sedikit sangat. Kalau guna papan pintar tidak sempat hendak menyalin nota.

Oh… perlu lebih masa la.

Ya. Masalahnya banyak masa terbuang di situ, kerana masalah teknikal.

*Sebagai rujukan sahaja! Saya harap dapat membantu kawan-kawan saya!