TUGASAN 50%
Soalan 1
Arahan
Petikan yang berikut merupakan sebahagian daripada temu bual yang telah dijalankan di sebuah sekolah antara guru kelas dengan seorang pelajar baharu. Perbualan ini berlaku dalam suasana yang tidak formal dan bahasa yang gunakan juga tidak baku.
Tukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan ini dalam bahasa Melayu baku.
Guru Norji Guru Norji Guru Norji Guru Norji Guru Norji Guru Norji | Nama awak siapakah? Bagaimana rasa belajar kat sini? Nama saja Norji. Asal Kampung Pinang. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. Kenapa seronok? Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. Apa peranan you bila cikgu guna smartbord? Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. Oo… Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard. Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia. Kekurangan? Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota. Oh… perlu lebih masa la. Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan. |
15 markah
Soalan 2 - Esei
Arahan
Tulis sebuah esei berdasarkan soalan di bawah.
Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan dasar bahasa , iaitu “Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris”. Sebagai guru di sekolah, anda terlibat secara langsung dengan dasar tersebut dalam memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Bincangkan lima (5) peranan yang anda boleh lakukan dalam menjayakan dasar berkenaan.
Esei yang dihasilkan perlu memenuhi kriteria berikut:
- Laras bahasa ilmiah;
- Huraian yan tuntas dan contoh yang relevan;
- Pada tempat-tempat yang sesuai, gunakan peribahasa atau kata-kata hikmat;
- Setiap pernyataan ada sumber rujukan yang autentik;
- Menggunakan jenis fon Arial saiz 11 atau Times New Roman saiz 12 dengan jarak langkau 1.5;
- Panjang esei kira-kira 2,500 patah perkataan.
35 markah
No comments:
Post a Comment