1. Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan yang lain.
2.Kata keterangan terdiri daripada enam jenis iaitu:
a) Cara - begini, begitu, betapa, demikian, diam-diam, tiba-tiba dan sebagainya.
Ayat Contoh : Beginilah cra yang betul untuk menyelesaikan soalan Matematik ini.
b) Masa : belum, kelak, masih sebentar, sedang, sekarang, selalu, telah, kadang-kadang dan sebagainya.
Ayat Contoh : Siti Suhana belum menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.
c) Tanya : apa, bila, mana, siapa, mengapa
Ayat Contoh : Mengapakah kamu menarik diri daripada persatuan itu?
d) Darjah : amat, sangat, sungguh, paling, nian dan sebagainya.
Ayat Contoh : Murid baharu di kelas saya itu sangat peramah.
e) Tak tentu : agaknya, mungkin, berangkali, entah-entah, jangan-jangan.
Ayat Contoh : Mungkin Arif yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita.
f) Nafi : bukan, tidak, tak
Ayat Contoh : Budak yang berambut panjang itu bukan adik saya.
No comments:
Post a Comment