Friday, December 9, 2011
Wednesday, November 30, 2011
KATA KETERANGAN
1. Kata keterangan ialah kata yang menerangkan kata kerja, kata adjektif dan kata keterangan yang lain.
2.Kata keterangan terdiri daripada enam jenis iaitu:
a) Cara - begini, begitu, betapa, demikian, diam-diam, tiba-tiba dan sebagainya.
Ayat Contoh : Beginilah cra yang betul untuk menyelesaikan soalan Matematik ini.
b) Masa : belum, kelak, masih sebentar, sedang, sekarang, selalu, telah, kadang-kadang dan sebagainya.
Ayat Contoh : Siti Suhana belum menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh gurunya.
c) Tanya : apa, bila, mana, siapa, mengapa
Ayat Contoh : Mengapakah kamu menarik diri daripada persatuan itu?
d) Darjah : amat, sangat, sungguh, paling, nian dan sebagainya.
Ayat Contoh : Murid baharu di kelas saya itu sangat peramah.
e) Tak tentu : agaknya, mungkin, berangkali, entah-entah, jangan-jangan.
Ayat Contoh : Mungkin Arif yang akan mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita.
f) Nafi : bukan, tidak, tak
Ayat Contoh : Budak yang berambut panjang itu bukan adik saya.

Sunday, November 6, 2011
KRB 3033 - Soalan 1
Tukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan ini dalam bahasa Melayu baku.
| Guru Norji Guru Norji Guru Norji Guru Norji Guru Norji Guru Norji | Siapakah nama awak? Bagaimanakah perasaan kamu di sini? Nama saya Norji. Berasal dari Kampung Pinang. Saya berasa seronok belajar di sekolah ini. Kenapakah kamu seronok? Kerana saya dapat menimba ilmu pengetahuan daripada guru-guru yang berpengalaman. Seperti guru lepasan luar negara. Apakah perasaan awak apabila cikgu menggunakan papan pintar? Saya baru tahu itu ialah papan pintar. Saya berasa lebih bersemangat untuk belajar. Oo… Duhulu tidak bersemangat hendak belajarlah, kerana tidak ada papan pintar. Tidak jugalah. Dengan adanya papan pintar dapat menambahkan semangat untuk belajar. Tetapi setiap kelebihan ada juga kekurangannya. Kekurangan? Itulah papan pintar. Masanya sedikit sangat. Kalau guna papan pintar tidak sempat hendak menyalin nota. Oh… perlu lebih masa la. Ya. Masalahnya banyak masa terbuang di situ, kerana masalah teknikal. *Sebagai rujukan sahaja! Saya harap dapat membantu kawan-kawan saya! |
Tuesday, October 18, 2011
Kata Nama
Kata Nama ialah menunjukkan nama bagi benda hidup dan benda tidak bernyawa. Kata nama boleh dibahagikan kepada dua, iaitu Kata Nama Am dan Kata nama Khas.
Bunga, kucing, budak, kakak, sekolah, pasar.
Tempat : Kuala Lumpur, Midvalley, Malaysia
Manusia : Doktor Lee, Tan Bee Kim, Ahmad
Benda : Proton Wira, Sony Kamera, Asus
Kata Nama Am
Berikut merupakan contoh-contoh bagi kata nama am :Bunga, kucing, budak, kakak, sekolah, pasar.
Kata Nama Khas
Kata nama khas ialah kata nama yang khas bagi sesuatu benda, tempat tingga dan juga manusia. Berikut ialah contoh-contoh kata nama khas.Tempat : Kuala Lumpur, Midvalley, Malaysia
Manusia : Doktor Lee, Tan Bee Kim, Ahmad
Benda : Proton Wira, Sony Kamera, Asus
![]() |
| Senang sahaja!!! |
Monday, October 17, 2011
Kerja tugasan
TUGASAN 50%
Soalan 1
Arahan
Petikan yang berikut merupakan sebahagian daripada temu bual yang telah dijalankan di sebuah sekolah antara guru kelas dengan seorang pelajar baharu. Perbualan ini berlaku dalam suasana yang tidak formal dan bahasa yang gunakan juga tidak baku.
Tukarkan bahasa yang digunakan dalam perbualan ini dalam bahasa Melayu baku.
| Guru Norji Guru Norji Guru Norji Guru Norji Guru Norji Guru Norji | Nama awak siapakah? Bagaimana rasa belajar kat sini? Nama saja Norji. Asal Kampung Pinang. Saya sekolah dekat sini. Saya seronok belajar kat sini. Kenapa seronok? Kiranya dapat menimba ilmu pengetahuan dari guru-guru yang berpengalaman. Macam guru lepas belajar daripada luar negara. Apa peranan you bila cikgu guna smartbord? Baru tau itu smartboard. Rasa macam adalah semangat sikit kan, nak belajar. Oo… Dulu tak semangat nak belajar, tak ada smartboard. Tak jugaklah. Kiranya menambahkan semangat untuk belajar. Tapi setiap kelebihan ada la kekurangan dia. Kekurangan? Tu la smartboard. Masa dia sikit sangat. Kalau pakai smartboard tak sempat nak salin nota. Oh… perlu lebih masa la. Ya. Masalahnya banyak masa terbuang kat situ, teknikal tu kan. |
15 markah
Soalan 2 - Esei
Arahan
Tulis sebuah esei berdasarkan soalan di bawah.
Baru-baru ini kerajaan telah memperkenalkan dasar bahasa , iaitu “Memartabatkan bahasa Melayu dan Memperkasakan bahasa Inggeris”. Sebagai guru di sekolah, anda terlibat secara langsung dengan dasar tersebut dalam memperkukuh penggunaan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Bincangkan lima (5) peranan yang anda boleh lakukan dalam menjayakan dasar berkenaan.
Esei yang dihasilkan perlu memenuhi kriteria berikut:
- Laras bahasa ilmiah;
- Huraian yan tuntas dan contoh yang relevan;
- Pada tempat-tempat yang sesuai, gunakan peribahasa atau kata-kata hikmat;
- Setiap pernyataan ada sumber rujukan yang autentik;
- Menggunakan jenis fon Arial saiz 11 atau Times New Roman saiz 12 dengan jarak langkau 1.5;
- Panjang esei kira-kira 2,500 patah perkataan.
35 markah
Subscribe to:
Posts (Atom)